MalaysiaKini
 Date : 07 Sep , 02:04:15 Home
Kehidupan Broker
Apa Itu Broker?

"Broker" satu istilah yang kita tak belajar di sekolah. Broker boleh dikatakan sebagai pemudahcara untuk sesuatu urusan perniagaan, dan sebagai balasan broker akan memohon untuk mendapatkan sedikit ganjaran atas usaha yang telah berjaya. Broker selalunya akan memastikan bahawa pihak yang berkaitan dengan urusan perniagaan yang diusahakan akan menadatangani satu perjanjian yang dikenali sebagai Pembayaran Komisen.

Broker selalu berlari kesana-kesini membuat temujanji yang kekadang menelan belanja ratusan ringgit (makan di hotel dan kos perjalanan). Hasil daripada beberapa temujanji yang diusahakan selalunya tidak membuahkan hasil yang positif. Hanya angan-angan yang mengunung tinggi untuk kaya cepat. Kenapa rundingan Broker ini tidak membuahkan hasil?

Sebagai ahli perniagaan, untuk membuat satu urusan yang bermodalkan ratusan juta ringgit mereka mesti hendak berjumpa dengan orang yang akan menerima projek yang mereka usahakan dan juga penerima projek mesti hendak berjumpa dengan orang yang akan membayar segala kos perbelanjaan atas alasan "semakan kredibiliti". Broker selalunya tidak akan membenarkan kedua-dua ahli ini bersemuka bagi mengelakkan "Potong Jalan". Hasilnya kedua-duanya melopong.
Category : General | Posted By : Mel | Comments [146]
 
Aug 2010 September 2010 Oct 2010
S M T W T F S
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30   
Categories
General[10]
Real Estate[1]
Sport[1]
Recent
My conscience and anger I cannot silence
ZouJin
Deadlock
Good-looking
The hunter
Popcorn
Various
Kind
My conscience and anger I cannot silence
Kehidupan Broker
Archives
August 2010[9]
June 2009[1]
May 2009[2]